Kerap sangka-sangka mengundang celaka, Jangan terlalu bersangka-sangka
Manusia hari ini suka sangka-sangka : .
Ada sangka baik.
Ada sangka buruk. . - Orang beribadah disangka riak
- Orang rileks disangka malas
- Orang berpakaian baru disangka menunjuk
- Orang berpakaian buruk disangka hina
- Orang makan banyak disangka pelahap
- Orang makan sedikit disangka diet
- Orang yang senyum disangka mengejek
- Orang yang masam disangka merajuk
- Orang berbincang disangka mengumpat
- Orang yang diam disangka menyendiri
- Orang yang menawan disangka menggoda
- Orang yang ceria disangka mengada
- Orang yang bertanya disangka menyibuk .
Hakikatnya... Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah. Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa. .
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat. Mana tahu yang diam itu kerana beribadah. .
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya. Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya. Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya. .
Justru.. Sesuatu perkara yang kita lihat.. Jangan suka sangka-sangka. Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa. .
Kerap sangka-sangka mengundang celaka. Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap bersangka-sangka.. .๐ .
"ูุฃููุง ุงูุฐูู ุกุงู ููุง ุงุฌุชูุจูุง ูุซูุฑุง ู ู ุงูุธู ุฅู ุจุนุถ ุงูุธู ุฅุซู .." .
.
"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." (AlHujurat:12)
.
.
Ukhty : @lisa.hamran ๐๐๐
Posting Komentar untuk "Kerap sangka-sangka mengundang celaka, Jangan terlalu bersangka-sangka"